loading...

Saturday, 28 October 2017

'Dalam gambar nampak kurus rupanya gemok, best tak kena tinggal?'


Saya pernah jumpa lelaki paling asshole dalam dunia. Okay begini, saya mengenalinya di laman Twitter, borak-borak dan kemudian kami bertukar nombor telefon dan mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Agak lama jugalah kami berhubung, lebih kurang dalam lima bulan begitu. 

Satu hari dia kata 'lets meet up!!'. Selepas saja dia menghantar mesej itu, dia mula menghantar mesej berbaur lucah. I was like, 'apa hal mamat ni tiba-tiba?'. Saya ingatkan dia main-main ke apa, tak pun saya yang berfikiran negatif. Hahaha! So saya pun cakap 'Okey jom!' 

Dia kata dia nak jemput saya. Masa itu saya tinggal di PV16, dekat sangat dengan Uptown Danau Kota. So saya cakaplah, 'Why not kita lepak saja di Danau, memandangkan ia berdekatan dengan rumah saya?"

Selepas itu dia kata, "Seriously? Our first date?"

Ya Allah, masa ini dalam hati cakap, 'Sweetnya mamat ni!!!'. Hahahaha! Then saya kata, 'Okaylah, up to you.'.

So kami set masa apa semua, jam lima petang dia datang jemput saya. Masa dia nak jemput itu, dia asyik call dan tanya 'mana you? mana you?!'. Padahal saya memang betul-betul di depan kereta dia. Mungkin masa itu dia tak jangka yang perempuan di depan kereta dia adalah saya. 


Bila dah masuk ke dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Dia diam, saya pun lagilah diam. Saya ingat dia malu ke apa, tiba-tiba dia stop di satu kedai mamak ini dan kata, 'Jap, I nak beli roti canai'. Urm, okay. Untuk apa beli roti canai? 

Selepas dia order tu, dia terus masuk kereta. Lima mint kemudian dia kata, 'tolong ambilkan, roti itu dah siap. Then saya pun dengan tak menyangka apa-apa terus turun pergi ambil. 

Semasa saya tengah nak ambil roti canai itu, ada seorang lelaki yang tidak dikenali menegur saya. 

"Dik! Dik! Beg adik tercicir tu," katanya. 

Saya pusing dan tengok beg saya di lantai dan lelaki itu tadi dah tak ada. Masa itu otak jadi blank gila sebab tak pernah orang buat macam itu pada saya. So saya duduk sebentar di kedai mamak itu dengan roti canai yang sudah dibungkus entah untuk apa. 

Saya cuba menghubungi dia tetapi panggilan saya langsung tidak dijawab. Tetapi dalam mesej saya. 

"Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus. Tengok-tengok gemok. Hahahaha!

"Best tak kena tinggal?" katanya.


Sedihnya saya pada masa itu, serius saya sangat sedih. Saya fikir apa yang jahat sangat saya buat pada orang sehingga saya diperlakukan seperti ini? Serius down gila, rasa nak menangis. Sudahlah roti canai dia order ini tak bayar lagi! Ya Allah, sedihnya, betapa jahatnya lelaki ini Ya Allah. 

Inilah lelaki yang paling jahat saya pernah jumpa. Sekurang-kurangnya beritahulah masa saya masuk ke kereta. Saya boleh keluar balik dan saya tak kisah pun. 

Sumber: Fara Zulaika


from The Reporter http://ift.tt/2yURLws
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2gP5osg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...