Difahamkan, kanak-kanak berkenaan sebelum itu telah meminta si ibu membawa dia ke tandas beberapa kali. Malangnya wanita terbabit enggan berbuat demikian.
Sebaliknya, dia meminta anaknya kencing dalam mangkuk yang telah mereka gunakan, sementara dia bermain dengan telefonnya tanpa menghiraukan kanak-kanak itu.
Tetapi tindakannya itu disedari oleh pelanggan di restoran itu lalu menegur perbuatan wanita berkenaan. Bagaimanapun, si ibu dengan beraninya menjawab;
"Tak kisahlah sebab mereka (restoran) tetap akan cuci mangkuk itu nanti," katanya.
Selepas si ibu dan anaknya meninggalkan restoran itu, salah seorang kakitangan premis tersebut yang sudah bekerja lebih dari 10 tahun berkata, ini adalah kali pertama dia berdepan dengan masalah seperti ini. Malah dia juga tidak faham apa yang bermain di fikiran si ibu berkenaan.
Bagi menangani insiden itu, pihak restoran mengambil keputusan untuk membuang segala pinggan mangkuk yang digunakan oleh dua beranak itu.
"Kami benar-benar tidak faham kenapa dia tak bawa saja anaknya ke tandas. Sedangkan premis kami menyediakan tandas untuk pelanggan di setiap tingkat.
Sementara itu di media sosial, netizen mengkritik sikap tidak bertanggungjawab si ibu dan bimbang jika perangai buruk wanita itu akan diwarisi oleh anaknya kelak.
"Pihak restoran patut senarai hitamkan wanita itu kerana disebabkan orang seperti dialah sesetengah restoran tidak membenarkan anak-anak kecil masuk ke restoran," kata netizen.
from The Reporter http://ift.tt/2yHaEWc
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yeAFJk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment