Ekoran kejadian itu, pihak sekolah dan guru turut menerima tempias kritikan netizen yang mendakwa mereka tidak pandai menjaga dan mengambil tindakan bagi menangani kejadian itu, selain menunding jari pada ibu bapa pelajar berkenaan. Kritikan yang tidak berasas itu menyebabkan ada sesetengah warga pendidik yang kesal dan kecewa, sedangkan kuasa mereka terbatas dan jika bertindak sesuka hati, ibu bapa atau penjaga pelajar boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Berikut adalah kenyataan luahan dari seorang guru yang tidak dinamakan, menjelaskan mengapa mereka tidak dapat atau sukar mengambil tindakan yang disiarkan oleh laman Baitus Solehah.
Rentetan pelajar melahirkan anak di sekolah, luahan seorang guru:
"Salam Ummi Liza, saya nak bagi feedback tentang pelajar yang melahirkan anak di surau itu. Sekarang di sekolah saya, ada dua pelajar yang kami agak sedang hamil. Seorang pelajar tingkatan lima (T5) dan seorang lagi tingkatan empat (T4). Pelajar T5 telahpun berhenti sekolah setelah pihak sekolah memanggil ibu bapanya. Pelajar T4 itu pula ada sedikit lembam. Agaknya dia tidak tahu pun period itu macam mana, rogol dan seks itu apa.
"Pelajar itu dalam kalangan broken family. Dia tinggal bersama datuk dan neneknya. Ada bapa saudara dan abang yang mengambil ganja. Abang dan pakciknya tidur dalam bilik, sedangkan dia perempuan dibiarkan tidur di ruang tamu.
"Bila kami (pihak sekolah) nampak perubahan fizikal, kami bawa dia pergi ke klinik untuk kepastian. Tetapi doktor enggan sentuh mahupun membuat sebarang ujian ke atasnya kerana kami bukan ahli keluarga. Lalunya kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan polis. Polis pun tidak mahu menanggung risiko kerana kami bukan ahli keluarga.
"Bila kami beritahu perkara ini kepada keluarganya, kami disuruh agar tidak masuk campur. Kami tidak mahu menanggung risiko, kami juga ada tanggungan kami. Jadi kami ambil pendekatan tunggu dan lihat serta berdoa agar dia tidak melahirkan anak di sekolah nanti.
"Jadi saya rasa tidak adil apabila kita persoalkan, apa tindakan guru-guru dan pihak sekolah? Sebab kami tak ada apa-apa kuasa. Kami hanya mampu menjalankan tanggungjawab kami, untuk mendidik para pelajar. Terima kasih."
Saya juga pernah berhadapan dengan kes ibu bapa tidak mahu membuat laporan polis ke atas anaknya yang mengandung bawah umur. Berbagai-bagai alasan dibuat oleh ibu bapa. Namun apabila kes dirujuk ke hospital, doktor pakar di hospital memang akan memaksa ibu bapa membuat laporan polis. Jika ibu bapa tetap berdegil, pihak hospital akan membuat laporan polis.
Apabila pihak hospital yang membuat laporan, polis akan memaksa ibu bapa datang untuk diambil keterangan dalam siasatan. Atau polis akan pergi ke katil pesakit untuk diambil keterangan dalam siasatan. Mana satu yang dimahukan? Disuruh datang tak mahu datang, polis yang akan datang ke rumah untuk membawa ibu bapa ke Balai Polis.
Sekarang ini, saya menerima empat kes bawah umur. Kesemua mereka diketahui mengandung apabila kaunselor membuat ujian kehamilan melalui air kencing apabila melihat perubahan fizikal pada diri mereka. Mula-mula bila ditanya, mereka tidak mengaku. Setelah didapati positif, ibu bapa dipanggil ke sekolah dan dimaklumkan perihal anak mereka supaya dibawa untuk menjalani pemeriksaan lanjut di klinik swasta atau klinik kerajaan, atau hospital.
Setelah disahkan mengandung melalui imbasan, barulah ibu bapa membuat laporan polis. Memang terpaksa buat laporan polis kerana doktor di Klinik Kesihatan tidak menerima pendaftaran kehamilan bawah umur yang tiada laporan polis.
Sebelum ini pun sama, kebanyakkan yang mengandung bawah umur adalah dari rujukan kaunselor. Ada dua kes di mana kaunselor sendiri yang menghubungi saya sebelum memaklumkan kepada ibu bapa kerana memohon panduan apa yang perlu dilakukan setelah mengetahui pelajar mereka telah mengandung.
Jadi, guru-guru tidak perlu takut untuk membuat laporan polis. Versi laporan yang sekolah perlu buat ialah, "menyatakan melalui ujian kehamilan air kencing, didapati keputusannya positif. Oleh itu pihak sekolah mahu merujuk untuk pemeriksaan lanjut kerana tidak mahu apa-apa berlaku ke atas pelajar ini ketika melakukan aktiviti di sekolah."
Pihak polis tidak boleh menolak laporan sesiapa pun jika sebab kita membuat laporan kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk ke atas individu itu atau pihak sekolah. Sekolah perlu tegas supaya tidak terjadi kejadian pelajar beranak di sekolah. Habis nama sekolah harum satu negara nanti.
Ini saja panduan saya kepada guru-guru. Kenapa bila diketahui pelajar mengandung melalui ujian kehamilan, dengan perubahan fizikal mesti memaklumkan kepada penjaga. Jika penjaga tidak menghiraukannya, terus buat laporan polis. Diharapkan penjelasan yang saya berikan ini, jelas. Terima kasih.
Ummi Yang Menjaga,
#BaitusSolehah
#HamilBawahUmur
from The Reporter http://ift.tt/2xMUmu3
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hHvFZx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment