Dalam kejadian yang berlaku jam 11.41 pagi di Taman Ayer Panas, Setapak, Alang (bukan nama sebenar), 12, baru sahaja pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Alang yang baru saja sampai ke depan rumahnya berasa tidak sedap hati dengan kehadiran sebuah van putih yang diparkirkan berhampiran rumahnya.
"Apabila ingin membuka pintu pagar rumah, saya rasa seperti ada sesuatu yang menghampiri, menyebabkan saya segera mengayuh basikal ke tempat yang ada orang," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
"Saya perasan van itu mengekori saya sehingga ke simpang, menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah," katanya lagi.
"Ibu selalu telefon dan pantau bila saya dan adik-beradik lain balik sekolah untuk memastikan kami selamat. Ibu juga sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat yang selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak dikenali mengekori kami," katanya.
Ibunya, Nur (bukan nama sebenar), 42, berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.
"Dalam kejadian jam 11.41 pagi itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan kamera litar tertutup (CCTV). Saya menyedari kemunculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa.
Alang, 12, ketika ditemubual wartawan Harian Metro |
Mesej WhatsApp keluarga yang tersebar di media sosial |
"Takut jadi apa-apa kepada Alang, saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang berpatah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian. Saya hanya memikirkan keselamatan anak saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
from The Reporter http://ift.tt/2ga3Sxn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hLjLhw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment