loading...

Thursday 4 May 2017

Wanita tampar lelaki pegang punggungnya & heret ke balai polis


NANNING, CHINA - Tindakan seorang wanita muda yang berani menampar lelaki yang mencabulnya, dipuji netizen selepas video kejadian itu viral di media sosial, Weibo, lapor Shanghaiist. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Nanning Metro Station pada Selasa menunjukkan suspek berdiri di belakang wanita itu di eskalator. Tiba-tiba suspek bertindak memegang punggung wanita itu. 

Terkejut punggungnya disentuh, mangsa kemudian berpaling lalu menampar muka suspek dan menahannya sebelum menyerahkannya kepada pihak polis. 

Selepas mangsa menerangkan apa yang berlaku, suspek terus ditahan untuk siasatan lanjut.


Netizen memuji tindakan wanita berkenaan menangani situasi itu dengan baik walaupun dia berpeluang untuk membelasah suspek dengan lebih teruk lagi. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pCnMWW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qwaMDn
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...