loading...

Tuesday, 23 May 2017

'Ini sejarah hidup saya makan gerai tepi jalan semahal ini'


KUALA LUMPUR - Viral di media sosial seorang pelanggan mempertikaikan harga hidangan yang dikenakan terhadapnya dianggap tidak masuk akal. 

Lelaki yang juga peniaga dan bapa tunggal itu berkata, tidak pernah dalam sejarah hidupnya makan di gerai tepi jalan dikenakan caj makanan semahal itu. 

Berdasarkan gambar, pelanggan terbabit mengambil lauk sayur, nasi penuh, dua ketul sotong dan seekor udang dan dikenakan caj RM32.00.

"Cuba bayangkanlah kalau terkena pada orang yang susah, apalah perasaan mereka? Kalau tak mampu bayar, kena cuci pinggan? 

"Saya juga berniaga, selalu pergi ke pasar dan sudah biasa dengan harga pasar. Tetapi saya selalu letakkan diri saya pada pelanggan agar saya dapat rasa apa yang pelanggan rasanya," katanya. 

Bagaimanapun peniaga gerai makan berkenaan kesal dengan tindakan pelanggan berkenaan memilih untuk menviralkan perkara itu berbanding berbincang dengannya terlebih dahulu. 

"Harga udang RM15 seekor, sotong RM7 seketul dan awak ambil dua ketul. Sayur RM1 dan nasi penuh pinggan pula RM2. Harga telah dinyatakan pada senarai yang disediakan. Kenapa tak tengok dulu?

"Kenapa tak complaint semasa makan tempoh hari? Sekarang awak nak salahkan saya pula. Awak nak makan untuk awak juga, bukan untuk orang lain. Kalau awak nak murah, makan macam kawan awak itu," katanya. 

Menurut peniagaa berkenaan, tindakan lelaki itu telah merosakkan nama kedainya. Bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, peniaga terbabit mahu mengembalikan wang RM32 kepada pelanggan berkenaan dan menghalalkan apa yang telah dimakan. Tetapi tidak mahu menghalalkan tindakannya yang menviralkan perkara itu di media sosial. 

"Saya halalkan apa yang awak makan dan saya takkan halal apa yang awak viralkan," katanya. 

Tetapi pelanggan berkenaan enggan menerimanya dan memberikan nasihat agar ikhlas dalam berniaga.






Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen harga yang dikenakan tidak munasabah. 

Walau apa pun pandangan kita semua, gunakan kelebihan kita sebagai pengguna. Jika tidak bersetuju dengan harga yang dinyatakan, pengguna boleh memilih untuk tidak terus makan di situ. Amalkan bertanya tentang harga makanan sebelum menjamu selera. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2rLa82z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rck8Fh
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...