loading...

Thursday 25 May 2017

'Duit aku tinggal RM5, tetapi acik itu suruh aku ambil saja & dia akan tambah ongkosnya'


Terharu baca perkongsian Relina Redwan ini tentang kebaikan seorang pekerja kafe yang baik dan sudi menghulurkan duitnya sendiri semata-mata mahu memastikan anak muda ini kenyang sebelum menghadapi peperiksaan. 

Dari Twitter Relina Redwan

Aku pergi kafe Piyyah. Duit aku tinggal RM5. Kemudian ada lauk campur saja dan aku tanya seorang acik Indonesia ini. 

"Kalau nasi, ayam dan lauk, rasa-rasanya cukup tak RM5?" 

Kemudian dia macam baik gila dan kata, "Ya Allah nak, ambil saja sayur ke, ulam ke, ayam lebih ke, nanti makcik tambah ongkosnya. 

"Yang penting makan nak, jangan berlapar," katanya. 

Aku terdiam seketika. Kemudian aku tengah pegang notes tax, acik itu bertanya lagi.

"Ada exam ya petang ini? Makan nak, baru boleh jawab" dan dia suruh saya ambil saja. 

Bila aku ambil makanan, dia datang dekat dengan aku dan ditawarnya makanan lain. Aku nak menangis, alangkah baiknya acik ini.  Kemudian dia peluk aku selepas aku dah bayar makanan semua. 

"Belajar rajin-rajin nak, masa depan nak cerah, tak macam makcik ni. Makan jaga, kesihatan jaga, jawab examnya elok-elok," katanya. 

Aku nak menangis. 

Untuk makluman, acik ini bukan tauke kedai. Dia cuma kakitangan yang bekerja di situ. Dia sendiri yang pergi ke kaunter, keluarkan duit dia untuk tambah berapa amaun yang tidak cukup. 


from The Reporter http://ift.tt/2rn49UW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qUN2sa
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...