loading...

Wednesday, 17 May 2017

Mat Over tak kesal dengan tindakannya & David Teo takkan ambil tindakan undang²


PUTRAJAYA - Malam tadi kecoh di media sosial dengan tindakan seorang pelakon dan pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over telah menampar penerbit filem dan drama, Datuk David Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

"Saya tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David yang tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. 

"Saya tidak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

"Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, perlu ada adab dan hormat menghomati," katanya. 

Dalam kejadian malam tadi, sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya, terhenti seketika berikutan insiden Mat Over menampar David Teo. 

Insiden itu bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Rosyam yang tidak memberi peluang untuk penonton di barisan berlaku, sebaliknya hanya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan. 

David menyifatkan tindakan Rosyam itu tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada mereka yang berada di barisan belakang untuk bertanyakan soalan dan menyuarakan pandangan. 

Rosyam bagaimanapun meminta David bertenang, tidak mempertikaikan cara kerjanya dan jangan memalukan Datuk Seri Najib Razak. David kemudian menjawab, dia hanya sekadar berbahasa santai seperti yang dipinta oleh tuan rumah. 

Selesai di situ, David memulakan pertanyaannya dengan mukadimah namun secara tiba-tiba Mat Over meluru ke pentas memberi amaran kepada David agar tidak berkelakuang kurang ajar sambil menampar muka penerbit it sebelum dihalang beberapa individu berdekatan. 


Dalam video yang tersebar kedengaran suara individu yang mengatakan penerbit itu memang kurang ajar, namun tidak dapat dipastikan siapa yang berkata demikian. 



David dan Mat Over kemudian dibawa keluar dari dewan dan sesi dialog diteruskan sehingga ke penghujung acara sebelum kedua-duanya dipanggil masuk semula untuk bertemu dengan Najib bagi menyelesaikan perkara itu secara baik. 

David dan Mat Over berdamai dengan bersalaman sambil disaksikan Najib, Rosyam dan semua penonton yang hadir. 



Lapor Harian Metro, Mat Over berkata bahawa dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit itu kurang ajar. 

Sementara itu, David pula tidak menyangka Mat Over boleh bertindak sejauh itu kerana selama ini dia tidak mengenali pelakon berkenaan. 

"Tiba-tiba saja dia datang dan menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam yang tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja, sedangkan saya juga mahu bertanya soalan kepada Perdana Menteri," katanya. 


Walaupun diserang, David mengatakan tiada sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil dan dia sudah memaafkan Mat Over. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2rt9abl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rgZdQV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...