Dari Kisah Rumah Tangga
Assalamualaikum. Saya dalam proses nak kurangkan aktiviti 'bersama' dengan isteri. Saya dah maklumkan kepada isteri yang selepas ini, tak ada dah 'bersama'.
Semua ini bermula selepas saya baca satu kajian yang mengatakan, bila lelaki selalu bersetubuh, perempuan akan pendek umur kerana banyak sel badan akan mati.
Takut juga rasanya. Lagipun tenaga saya patut digunakan untuk mencari duit, bukannya buang masa untuk 'bersama'.
Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang, isteri tak faham dan kata saya dah tak menyayangi dia lagi. Dulu bila saya nak 'bersama', dia kerap menolak. Tetapi selepas saya dah tak nak, barulah dia nak.
Saya kata pada dia, kalau saya boleh mengawal diri, takkan dia tak boleh? Sepatutnya perempuan lebih mudah untuk mengawal nafsu berbanding lelaki.
Saya tak nak buang masa lagi kerana hidup ini tak panjang dan tak tahu bila nyawa akan diambil ilahi. Lebih baik saya habiskan masa untuk mencari harta bagi anak-anak di zaman serba serbi yang memerlukan duit ini.
Sebelum ini, jam 8 pagi hingga 5 petang saja saya bekerja. Sekarang, malam pun saya kerja sebagai pemandu Uber. Balik jam 2 pagi, saya terus masuk tidur.
Masalahnya sekarang, isteri saja yang tak faham dengan apa yang saya buat untuk keluarga.
*Kejung dah perut admin gelak tak henti-henti
from The Reporter http://ift.tt/2qVpWBU
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qfOKS1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment