loading...

Monday, 22 May 2017

Demi rezeki halal, dia sanggup kayuh basikal dari Permatang Pauh ke Kepala Batas (18KM)


Pasti ramai yang pernah melihat saudagar asing seperti lelaki Pakistan ini berniaga karpet, kain dan macam-macam lagi benda yang dijual mereka. Apa yang menariknya, mereka tidak kisah jika pelanggan mereka mahu membeli barang mereka secara berhutang. Asalkan pelanggannya membuat bayaran apabila tiba masanya. 

Adakalanya terfikir, mengapa mereka sanggup melakukan pekerjaan seperti ini yang mana ada segelintirnya tidak kisah melakukan pekerjaan ini dengan mengayuh basikal atau menunggang motosikal dari satu tempat ke satu tempat dalam cuaca panas terik. Tidak kurang juga ada segelintir masyarakat kita memandang serong terhadap mereka. 

Kenapa perlu begitu? Sepatutnya usaha dan kerajinan mereka yang kita patut jadikan sebagai contoh. Seperti yang dikongsikan oleh Aj Alhadi ini. Meskipun tidak mahu membeli karpet yang dijual, namun dia menolak dengan baik. Malah memberi lelaki itu minuman dan makanan. 



Tadi ada lelaki Pakistan jual karpet bagi salam nak jual karpet. Saya pun jawab salam dia dan menolak dengan baik. Tengok raut wajahnya berpeluh-peluh, nampak keletihan. Tiba-tiba dia meminta air, nak minum. Saya pun berilah sebotol air sejuk. 

Masa dia minum, saya perhatikan saja. Nampak sangat dia dahaga dan penat. MasyaAllah, sebak juga hati saya ini. Dah habis sebotol diteguk.

"Nak lagi tak?"

Dia angguk malu-malu dengan mata kasihan. Saya beri lagi sebotol, buat bekal. Berterima kasih sungguh dia pada saya. 

"Dah makan ke belum?"

"Tak apa abang, saya tak lapar," jawabnya.

Tapi tengok pada air muka, memang nampak tengah kelaparan. Dua tiga kali dia menolak saya ajak dia makan. Jadi saya pun kata, kalau saya bungkuskan untuk dia, nak tak? Dia mengangguk perlahan, laparlah tu. 

Kebetulan masa itu saya baru masak gulai ayam, jadi saya bungkus banyak-banyak untuk dia. Keluar air mata dia. 

"You tinggal mana?" 

"Permatang Pauh," jawabnya. 

Dari Permatang Pauh kayuh ke Kepala Batas bawa karpet di belakang, bukan kerja senang. Lebih kurang beban berat karpet yang dibawa 20 kilogram.

Selepas hulur bungkusan makanan, dia pun kayu perlahan-lahan hilang dari pandangan. 

Sahabat-sahabat sekalian, kalau jumpa mereka-mereka ini, bawa-bawalah bertanya mereka sudah makan atau belum. Bukan orang lain tu, saudara kita juga. Mereka datang dari jauh tinggalkan anak, isteri dan keluarga untuk mencari rezeki di negara kita di kala anak bangsa kita yang ramai masih hanyut di kaki lima, shopping complex dan kedai judi. 

Ada yang lebih kaya dari kita tetapi dah itu rezeki mereka. Ada yang datang sebatang kara tanpa harta, mengharapkan rezeki halal di negara orang. Bantulah mana yang patut dan jangan cepat bersangka buruk kerana kita tidak berpijak dalam kasut mereka.

Reaksi netizen
Semoga sahabat ini dimurahkan rezeki. Smeoga Allah pandang kita dengan penuh keredhaan hasil dari secebis kasih sayang dari dalam diri kita. 

Selamat jalan sahabat, elok-elok mengayuh. Maaflah, lupa nak tanya nama. 


from The Reporter http://ift.tt/2rv2Wuh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rv0sfA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...