loading...

Tuesday, 23 May 2017

'Tak payah jumpa doktor. Tak payah. Balik je la!' - Bapa berang, anak mengamuk di klinik



Bro, aku nak pesan kita kalau nak jadi lelaki biarlah nampak kelelakian itu. Lelaki yang handsome bagi aku tidak perlulah sado-sado berketak, rambut sisir kemas berpomade, kumis janggut jambat rapi, haruman keras macho, rokok atau vape terselit di jari. Tetapi bagi aku, lelaki handsome perlu kuat, bersemangat dan yang paling penting penyabar. 

Insiden tadi membuka mata aku. Appointment Raid di paeds jam 8.30 pagi. Selesai pendaftaran jam 9.03 pagi. Bersembang dengan isteri sambil menunggu giliran nak ambil darah dan dipanggil doktor. Mata ini memerhatikan sekeliling, manalah tahu kalau ada adik manis lalu. Hahaha! Jangan serius sangat baca ye.

Jam 12.30 tengah hari, nombog giliran kami dipanggil. Oh, normal. Memang ramai orang dan kena tunggu lama, lebih-lebih lagi kena tunggu keputusan darah. Selesai semua discussion dengan doktor tentang masalah Raid, pergi pula ke kaunter nak ambil tarikh temujanji yang seterusnya. 

Tiba-tiba seorang lelaki macho ini terpekik-pekik. 

"Tak payah jumpa doktor. Tak payah. Balik je la!" katanya sambil melempar kasut anaknya yang sedang mengamuk, muntah, menangis di lantai. 

Si isteri pula terkulat-kulat pergi ke arah anak kecil yang dianggarkan berusia 2-3 tahun itu. 

Si suami menengking, memaki hamun isteri dan anaknya sebelum mengambil si kecil itu dan terus beredar begitu sahaja. Si isteri dengan muka menahan malu, masuk ke bilik doktor. Masa si suami sedang mengamuk, nombor mereka dah dipanggil pun. 

Aku tak naklah kupas isu macam mana dia mengamuk, apa dia cakap, apa lagi perbuatan-perbuatan ganas dia sebab bagi aku, usah kata budak-budak bosan menunggu, ibu bapa mereka sudah tentu rasa stress juga. Normallah. Yang datang awal pagi pun kena beratur tunggu giliran. Normal walaupun adal ima bilik rawatan tetapi estimate masa kau di hospital itu 3-4 jam. 

Usah kata doktor lembab, jururawat banyak bersembang, makan gaji buta dan bla.. bla.. bla. Allah, bukankah masing-masing sedang menjalankan tugas mereka. Kalau kau nak cepat, kau bawalah anak kau pergi ke hospital swasta. Kau hulur duit dan mereka akan layan kau sepantas kilat, mungkin. 

Apa yang aku nak kongsikan di sini, bila kau dah jadi ayah, taraf kau dah naik satu takhta dari lelaki bujang atau lelaki yang belum bergelar ayah. Kau pegang satu pangkat yang bukan diiktirafkan oleh bos kau. Kau pegang amanah yang Allah beri. 

Pertama, kita ini manusia. Normal sangat kita ini kurang sabar. Tetapi apa yang isteri aku ajarkan sejak aku bergelar ayah selama 12 tahun ini ialah, aku lelaki imam besar keluarga. Ini yang aku bawa dan pegang. Aku pendosa. Aku penat, letih, kerap inginkan kebebasan, kerap marah-marah, mudah naik tangan. Tetapi isteri tak penat tarbiahkan aku setiap hari yang juga selama ini sentiasa mengingatkan aku bahawa dalam hidup ini belajarlah bersabar. Terutamanya dalam soal mendidik anak.

"Bang, kau syurga kami..." (Aku bahagia bila dipanggil begini)

"Bang, kau mungkin membesar dengan sedikit kasih sayang.. (Ya, mak abah aku bekerja dulu, tak punya banyak masa bersama). 

"Kau pemarah, bengis, rasa diri kau berkuasa tetapi kami mahu bersama kau susah senang kau. Kami mahu kau mendidik kami, mahu kau yang berlemah lembut. Kami tak mintak kau berubah menjadi orang lain. Cuma mahu kau menyantuni kami, bang. 

"Mengapa Allah kurniakan kita ramai anak? Kerana Allah mahu kita kenal dia. Kita bukan alim-alim, jadi Allah beri anak-anak ini agar bila kita tidak solat, anak-anak menegur. Kita malu dan kita buat. Bang, sedar tak kau yang kita bukan hafi hafizah? Allah beri anak-anak agar bila mereka tanyakan kita tajqid Quran, kita sama-sama belajar. 

"Bang, aku tak minta abang beri kami duit ringgit, tetapi minta abang belajar bersabar. Bersabarlah bang, pasti manisnya ada nanti," kata isteri aku.

Dan untuk kau bro baju belang, anak kau baru seorang! Banyak lagi di hadapan akan datang. Sabarlah, hari ini kau mungkin tunggu lama di hospital. Ganjaran Allah, mungkin anak kau nanti akan menolak kerusi rodamu berhati senang menunggu giliran panjang. Bersangka baiklah. 

Pandang anakmu, kasihilah dia, santunilah dia agar dia kelak menyantunimu. Sabarlah, jagalah maruah isterimu. Jangan biar orang mengata-gata tentang aib keluarga dek sifat panas baranmu itu. Api kemarahan ini kita yang kawal. Dalam kau mengherdik, memukul anak kecilmu itu, tahukah engkau berapa ramai lelaki yang sedang berdoa memohon dikurniakan zuriat? Yang kepingin berlari-lari mengejar anak sendiri. 

Pujuk dan didiklah hati kau, bro. Penampilan macho sahaja belum cukup untuk membuatkan kita tampak berjaya dan bgergaya. Semoga kita menjadi ayah yang disayangi anak-anak. Amin. 



from The Reporter http://ift.tt/2rysve3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rROw3N
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...