loading...

Friday, 19 May 2017

Bapa rogol anak perempuannya sendiri selama 20 tahun, dipenjara 12 tahun


NOTTINGHAM, ENGLAND - Seorang bapa yang merogol anaknya selama 20 tahun akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selepas mangsa secara sembunyi merakam lelaki itu berbangga dengan jenayah yang dilakukannya itu pada hari Krismas, lapor Daily Mail. 

Raymond Prescoot, 54, memberitahu anaknya, "Inilah seks paling seronok yang saya pernah lakukan dengan awak sepanjang hidup saya."

Kali pertama Prescott merogol anaknya, Layla Bell, 31, ketika mangsa berusia 7 tahun dan memberitahunya "Ini adalah rahsia kecil kita." 

Bell yang berasal dari Nottingham berkata, bapanya berubah dari seorang 'kawan baiknya' kepada seorang pemangsa seksual. 

Prescott dilaporkan pernah merogol Bell di bilik bersebelahan dengan ibunya sambil menjerit, "Saya bersetubuh dengan anak perempuan saya!" 


Bell pernah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada tahun 2001, namun saudara maranya tidak senang dengan perbuatannya itu lalu Bell terpaksa menarik balik laporan polis yang telah dibuat. 

Namun selepas Prescott cuba menyerangnya pada 25 Disember 2012, Bell memasang perangkap dan merakam kejadian itu tanpa pengetahuan bapanya yang secara tidak langsung mengaku melakukan jenayah tersebut. 

Dalam rakaman video tersebut, Prescott memberitahu anaknya, "saya tak dapat jalinkan hubungan seks dengan perempuan lain, jadi saya nak lakukannya bersama awak." 

Selepas mendapat pengakuan lelaki itu, Bell menyerahkan bahan bukti itu kepada polis dan Prescott ditahan atas lima tuduhan merogol darah dagingnya sendiri. 

Prescott bagaimanapun mengaku tidak bersalah tetapi dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun pada Mei lalu selepas didapati bersalah oleh mahkamah. 

"Semasa kecil, saya selalu menjadi anak kegemarannya. Bila pertama kali dia merogol saya ketika saya berusia 7 tahun, dia berkata yang dia berbangga dengan saya kerana tidak basahkan tilam dan memaklumkan saya akan dapat hadiah untuk itu. 

"Dia bawa saya ke dalam bilik selepas adik beradik yang lain pergi ke sekolah. Dia buka skirt saya dan .. saya tidak dapat ingat sepenuhnya apa yang berlaku selepas itu. 

"Saya tidak mahu fikirkan kejadian itu kerana ia berlaku ketika saya masih kecil dan saya tahu ia bukan satu kejadian yang baik. 

"Selepas itu, dia kerap melakukannya. Di usia 9 atau 10 tahun, dia paksa saya melakukan oral seks. Dan dia kata ini adalah rahsia kecil kami dan saya adalah kanak-kanak yang istimewa baginya," katanya. 

Ekoran kejadian itu, Bell mula gemar meminum minuman keras sejak berusia 14 tahun selepas bapanya memberi kebenaran untuknya berbuat demikian. 

"Dia bagi saya minum bir ketika usia 7 tahun kerana saya anak kegemarannya. Saya minum dengan banyak sekali ketika usia remaja dan mabuk bila pergi ke sekolah. Tetapi tiada sesiapa yang tahu kerana saya masih mampu mengawalnya," katanya. 

Bell pernah mengadu perkara itu ketika berusia 16 tahun pada 2001. Tetapi ditentang oleh keluarganya sendiri menyebabkan dia terpaksa berdiam diri. 

"Pada awalnya saya dedahkan perkara itu kepada teman lelaki saya. tetapi dia tidak mahu saya balik ke rumah kerana dia sangat risau dengan keadaan saya. 

"Kemudian saya beritahu pada ibu saudara saya tetapi dia tidak percaya. Saya beritahu pada ibu, namun sejak dari itu dia enggan bercakap apatah lagi memandang saya. Saya rasa dia malu dan percaya pada saya tetapi dia masih dalam keadaan terkejut. 



"Dia (Prescott) berkelakuan seperti biasa seperti memeluk saya di depan keluarga dan tiada sesiapa yang tahu apa yang berlaku sebenarnya di sebalik kepura-puraannya itu. 

"Bila saya laporkan perkara itu kepada polis ketika berusia 16 tahun, dia (Prescott) menafikannya dan saya menerima ugutan bunuh dari keluarga Prescott yang juga menuduh saya hanya mahukan perhatian. 

"9 bulan kemudian, dia merogol saya sekali lagi kerana dia lega dia dapat lepaskan diri dari ditahan polis. Bila saya meningkat dewasa, dia sekali lagi merogol saya pada hari Krismas di dalam bilik bersebelahan dengan bilik ibu sambil menjerit, "Saya sedang jalinkan hubungan seks dengan anak saya" dalam nada berseloroh. 

"Dia curi masuk ke dalam bilik saya ketika semua orang sedang tidur dan merogol saya. 

"Kali terakhir dia cuba merogol saya ketika saya berusia 27 tahun. Dia pada ketika itu dalam keadaan mabuk memanggil saya datang ke biliknya kerana dia mahu bercakap dengan saya. Kemudian dia memegang tangan saya dan menjilat leher saya sedangkan rakan saya ada di bilik sebelah. 

"Saya berjaya melarikan diri dan masuk ke dalam kereta kawan saya. Kawan saya bertanya apa yang berlaku dan saya jelaskan segala-galanya sebelum dia menasihatkan saya masuk semula ke rumah dan rekod segala perbuatan dia," katanya. 

Dalam rakaman selama 7 minit itu berjaya memerangkap Prescott. 

Dalam rakaman itu, Bell berkata, "Ini tidak sepatutnya berlaku dan ianya tidak betul. Ayah pegang punggung saya di depan kawan saya." 

"Ayah dah pernah bersetubuh dengan awak. Tiada sesiapa yang akan tahu, ini rahsia kita. Ayah tak dapat jalinkan hubungan seks dengan sesiapa, jadi ayah nak buat bersama awak," kata Prescott.

"Kenapa saya? Saya tak faham," kata Bell. 

"Shh! Hanya awak satu-satunya yang saya gemar jalinkan hubungan seks bersama. Saya tahu ianya salah dan awak adalah anak perempuan saya. Saya berharap awak bukan anak saya. Hubungan seks yang paling seronok dilakukan sepanjang hidup saya adalah bersama dengan awak," katanya. 

"Saya rasa ayah boleh buat semua ini dengan ibu," kata Bell. 

"Kalau saya buat dengan ibu awak, ianya sungguh menjijikkan. Tahu tak, menjijikan," kata Prescott.

Selepas itu, Bell cuba beredar, namun Prescott segera bangun dan menghalangnya. Bell kemudian berjaya melepaskan diri dan meninggal Prescott di rumah. Namun video itu tidak diserahkan kepada polis sehingga Februari 2013. 

"Syukur dia dipenjarakan selama 12 tahun. Hakim juga berasa jijik dengan perbuatannya itu," kata Bell mengulas hukuman yang dijatuhkan pada ayahnya. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pVg7Vw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rBavNd
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...