loading...

Saturday, 20 May 2017

Tak sempat nak pecah rumah, penjenayah tertusuk duri pagar


KUCHING, SARAWAK - Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak yang dipercayai terlibat dalam cubaan menceroboh rumah orang awam untuk melakukan jenayah, lapor Sarawak Voice

Dalam kejadian pagi Selasa lalu di sebuah rumah di Taman Tatai Kumang, Siol Kandis, pemilik rumah yang juga seorang jurutera berusia 49 tahun terkejut apabila menemui kesan tompokan darah di sebelah kiri tiang pintu pagar utama pada jam 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, pihaknya menerima aduan dari jurutera berkenaan dan sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian. 

"Siasatan awal mendapati besi di atas penghadang pagar di bahagian tepi rumah tersebut bengkok, manakala sebelah selipar milik suspek tersangkut di bahagian besi pagar pintu hadapan juga mempunyai kesan darah. 



"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang barang berharga yang hilang dari rumah jurutera itu," katanya. 

Bertindak di atas maklumat, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak. 

"Suspek berasal dari Kampung Pulo Hulu, Petra Jaya. Semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.  

Kes disiasat dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan jenayah. Sabit kesalahan boleh dijatuh hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan RM3,000 atau kedua-duanya sekali. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qE7T3a
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rCrgqx
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...