loading...

Monday, 22 May 2017

'Makan tidur, makan tidur, lepas tu pukul saya' - Isteri minta suaminya dipenjara 2 tahun


KOTA BHARU, KELANTAN - "Makan tidur, makan tidur, lepas tu pukul saya," demikian luahan seorang isteri ketika memberi keterangan di mahkamah majistret, semalam, lapor Sinar Harian

Wan Nor Hafiza Wan Ahmad, 30, berkata, kejadian itu bukan kali pertama dilakukan oleh suaminya, malah dia sudah sering menjadi mangsa lelaki itu. 

"Saya seorang sahaja yang bekerja (penyambut tetamu), dia pula mencuri barang kemas, ambil duit saya. Saya minta dia dihukum penjara dua tahun dan selepas ini minta dia jangan datang cari saya serta anak kami lagi," katanya. 

Majistret Nik Habri Muhammad kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Mohammad Syahrill Mohammad, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah. 

Mohammad Syahrill didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Wan Nor Hafiza di kedua-dua lengan dan mencekik mangsa di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, jam 8 pagi, 10 April lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun tau denda RM4,000, atau kedua-duanya sekali. 

Difahamkan, kejadian berpunca selepas Mohammad Syahrill berang dengan isterinya yang pergi menemui rakannya untuk bertanyakan barang kemas mangsa yang hilang dalam simpanan. 

Barang kemas Wan Nor Hafiza dipercayai dicuri oleh Mohammad Syahrill sebelum dijual kepada rakannya. Sejak dari itu, mangsa selalu dipukul dan duitnya diambil lelaki itu tanpa pengetahuannya. 

Sementara itu, Nik Habri dalam keputusannya menasihatkan Mohammad Syahrill mengambil pengajaran dan insaf dengan kesalahan yang dilakukannya itu. 

"Saya tidak menyebelahi sesiapa, namun menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mangsa. Di rumah kamu boleh menjadi hero, tetapi tidak di mahkamah saya. 

"Perbalahan suami isteri adalah perkara biasa. Tetapi jika sudah sampai ke mahkamah akan menjadi sesuatu yang serius," katanya. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2rIe8B2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qMBOWN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...