CHINA - Seorang bayi lelaki nyaris mengalami strok haba selepas ditinggalkan tidur dalam kereta, sementara ibu bapanya keluar membeli-belah, lapor Shanghaiist.
Dalam kejadian di Dongguan itu semalam, bayi berusia satu tahun itu terbangun dan mendapati ibu bapa tiada di sisi, bayi itu mula menangis ketakutan.
Seorang pejalan kaki yang kebetulan melalui jalan berhampiran terdengar tangisan bayi itu dan terus menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Dalam video yang tersebar, kelihatan dua pegawai polis sedang cuba memecahkan cermin tingkap kereta untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang dilihat sudah mula berpeluh selepas berada di dalam kereta itu selama 40 minit.
Tidak dapat dipastikan sama ada ibu bapa bayi berkenaan akan didakwa di atas kecuaian mereka. Namun netizen berharap pasangan itu bersyukur kerana anak mereka berjaya diselamatkan orang awam dan pihak berkuasa. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2qCKWLC
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qxn4dS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment