Wong Mei Yan, 26, berkata, beliau mengalami keguguran kira-kira seminggu selepas kejadian itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber, akibat tekanan emosi dan kerugian yang ditanggungnya..
Menurut Wong, pada hari kejadian itu beliau tidak perasan ada seorang penumpang lain berada di tempat duduk hadapan, atau pemandu Uber berkenaan mempunyai ranking rendah.
Beliau hanya ternampak 'lelaki kecil kurus' itu apabila pemandu Uber berkenaan mula bercakap dengannya.
Wong hanya bercakap dengan pemandu Uber berkenaan apabila dia melalui jalan yang salah walaupun arahan telah diberikan kepadanya sebelum lelaki di sebelah pemandu itu tiba-tiab mengacukan pisau dan mengarahkannya menyerah segala barangan peribadi.
Khamis lalu, polis telah menahan pemandu lelaki berusia 22 tahun itu dan merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM. Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Sementara itu, Uber dalam satu kenyataannya hari ini berkata mereka sedih dan kesal dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan terus berhubung dan membantu beliau. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Artikel berkaitan:
from The Reporter http://ift.tt/2s12Vvv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2r8IvCU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment