loading...

Sunday, 21 May 2017

'Ini semua fitnah, kami berlima bukan pramugari' - Mangsa viral


PUTRAJAYA - "Ini semua fitnah," demikian kata salah seorang wanita yang menjadi mangsa viral sebuah laman Facebook yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar sekumpulan wanita yang didakwa sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan yang ditahan Jumaat lalu kerana positif dadah. 

Anys Estella, terkejut dan kesal dengan tindakan pengendali sebuah laman Facebook yang telah memfitnah mereka dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar tersebut. 

"Kami berlima bukan pramugari. Berhenti sebarkan perkara yang tidak sahih ini dan ini semua adalah fitnah. Nama kami berlima juga tiada dalam senarai (fakta kes) itu pun," katanya. 


Sementara itu, seorang lagi rakannya, Arina Diyana juga menafikan dirinya terlibat dalam kes tersebut. 

"Dah puas aniaya orang? Fitnah saya kena tahan kes dadah. Tak tahu apa-apa, tak payah memandai buat cerita dan letak gambar saya. Cuba kalau (fitnah) ini berlaku pada ahli keluarga awak (admin page), apa awak rasa? 

"Nama saya pun tiada tersenarai. Kenapa ada gambar saya?" soalnya. 


Gambar sekumpulan wanita itu dimuat naik ke laman Facebook tersebut, 11 jam yang lalu. Meskipun dua mangsa fitnah telah meminta pengendali laman itu membuang gambar mereka, namun tiada sebarang tindakan yang diambil. 

Post itu kini telah dikongsi 2,304 netizen dan juga menerima likes 3,700. 

Ekoran dari fitnah tersebut, kelima-lima wanita itu dikecam hebat di media sosial.

Justeru netizen menasihatkan kesemua mangsa yang terlibat membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qMCYQl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qMJMNI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...