Video dan gambar insiden yang dipercayai berlaku di sekitar Batu Caves itu dimuat naik oleh Chang Lee Ying di laman Facebook mencetus pelbagai reaksi netizen.
"Hari ini kami didatangi seorang pelanggan wanita yang mahu meminta petrol percuma. Dia kata dia tidak mempunyai wang untuk mengisi petrol, lalu meletakkan keretanya di stesen dan halang pelanggan lain menggunakan salah sebuah pam.
Berdasarkan dua video yang dimuat naik, wanita berkenaan duduk di dalam kiosk stesen berkenaan menunggu permintaanya ditunaikan.
"Boleh awak sahkan yang kereta Proton Wira itu kepunyaan awak?" soal Chang.
"Ya, itu kereta saya yang didaftarkan di bawah nama saya," jawabnya.
"Jadi awak nak kami berikan minyak penuh secara percuma dan jika tidak, awak tidak mahu berganjak, begitu?" soal Chang lagi.
Wanita itu menjawab ya dan meminta Chang menyebarkan video itu di media sosial agar satu dunia melihat tindakannya itu.
Difahamkan, wanita itu telah melanggar sebuah kereta yang lain pada malam sebelum insiden itu, menyebabkan keretanya kemek di bahagian depan dan juga belakang.
from The Reporter http://ift.tt/2rhHxlu
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2pO4vhS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment