loading...

Friday, 5 May 2017

Pemandu Camry dibelasah kerana bunyikan hon lama-lama ketika sembahyang Jumaat - Saksi


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dibelasah orang ramai yang didakwa telah membunyikan hon dan terlanggar seorang lelaki dalam kejadian tengah hari tadi. 

Dalam kejadian di Surau Austin Perdana, saksi kejadian, Amirul, berkata, pemandu kereta Toyota Camry tidak tersangkut di jalan tersebut ketika umat Islam di kawasan itu sedang mengerjakan sembahyang Jumaat. 

"Kesnya, pemandu kereta Camry tak dapat jalan sebab orang tengah sembahyang Jumaat. Masa tengah sembahyang, dia bunyikan hon lama-lama. 

"Selepas isteri dia siap sound-sound, orang-orang yang baru balik sembahyang pukul kereta dia sampai pecah cermin belakang. Pemandu kereta itu juga dibelasah sekali," tulis Amirul. 


Walau bagaimanapun, Amirul tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dan sepatutnya kedua-dua pihak bersabar. 

"Lagipun baru lepas sembahyang, tak patut buat begitu," tulisnya di Facebooknya.


Menurut seorang lagi saksi, Luqman Shahidan, ketika mengundurkan kenderaan, salah seorang lelaki dilanggar sehingga terjatuh dan terbaring menyebabkan orang ramai berang lalu bertindak sedemikian. - The Reporter 


from The Reporter http://ift.tt/2pNxiXQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2pHf361
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...