loading...

Wednesday, 3 May 2017

'Nak tanya, bila tunang saya request friend kat awak?' - Lelaki kantoi menggatal di Facebook


Tergamam seketika membaca screenshot perbualan Facebook di antara Engku Tun Khatijah dengan seorang lelaki dan tunangnya tiba-tiba menyerang dia hanya kerana tunang lelaki itu cemburu. 

"Dia add, aku approve. Kemudian suruh aku jelaskan pada tunang dia, bila dia add. Malah dia minta aku layan tunang dia baik-baik. 

"Aku rasa aku tak ada pun maki ke, apa ke. Sudahlah tak bagi salam, nama tak melambangkan sikap. Dia add aku semata-mata nak maki dan nak cakap aku murtad," tulis Engku di Facebooknya 27 April lalu. 


"Saya Princess Honda, tunang Putera Islam, saya nak tanya bila dia request friend kat awak ye?" soalan pertama dari tunang lelaki itu tanpa sebarang pembuka kata. 




"Kau jangan kurang ajar sangat!" 



"Ingat muka kau tu lawa sangat ke? Buat skandal banyak kot?" 



"Kalau aku tahu macam ini, takdelah aku nak request friend. Aku nak add ke, apa ke, yang kau gatal nak approve kenapa?" 


Sementara itu, netizen menganggap lelaki berkenaan kurang cerdik dan mencari penyakit yang tiada. 

"Bodoh orang macam ni. Dah tahu ada tunang. Yang gatal-gatal add perempuan lain buat apa?" 

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berpendapat mungkin ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan gambar lelaki itu. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pzsxjW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2pzunkT
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...