loading...

Thursday, 4 May 2017

'Kedai bangsa lain kau tak halau, tapi kedai Melayu kau nak halau' - Peniaga nekad larikan lori MBPP


GEORGE TOWN, PULAU PINANG - Berang dengan tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang cuba merampas kerusi dan meja di kedainya tanpa notis amaran, seorang peniaga nekad melarikan lori MBPP, malam tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.50 malam itu, penguatkuasa MBPP telah datang ke kedai Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain dan cuba merampas kerusi dan meja tanpa sebarang notis amaran. 


Menurut Haziq, sudah tiga kali tindakan yang sama cuba dilakukan oleh penguatkuasa MBPP. 

"Saya pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen, tetapi gagal dan diberikan pelbagai alasan. 


"Bagi mengelakkan barangan saya dirampas, saya nekad memandu lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus," katanya yang juga turut membuat laporan polis di balai tersebut. 

Berdasarkan video yang viral di media sosial, rakan Haziq mendakwa MBPP gemar menganggu perniagaan bangsa Melayu berbanding dua bangsa yang lain. 

Di media sosial, netizen menyokong tindakan Haziq dan berharap kejadian itu membuatkan pihak MBPP faham bagaimana perasaan peniaga kecil-kecilan yang mendakwa mereka ditindas oleh MBPP selama ini. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pMuFpd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2pMP2ma
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...