loading...

Thursday, 4 May 2017

'Ayah pulanglah, dakaplah sebelum saya kaku..' - Pesakit kanser tulang



"Orang pergi sekolah, aku terpaksa pergi hospital..."

Inilah kisah Julita yang perlu berulang alik ke hospital kerana menghidap kanser tulang. Bapanya pula telah meninggalkan dia dan keluarga untuk mencari 'madu lebah' yang lebih segar selepas mendapat tahu anaknya ini menghidap kanser. 

Sedih, benar dan alangkah menderitanya dia menanggung kanser tersebut. Ada bapa tetapi seperti tiada bapa. 

Saya terkejut apabila wajah seorang lelaki dalam gambar keluarga Julita yang digantung di dinding rumah, ditampal dengan plaster. Lalu saya pun bertanya pada Julita. 

"Siapa lelaki itu?" 

"Entahlah. Nak cakap ayah, ye. Bukan ayah pun, ye," jawabnya. 

Setelah diselidik, rupa-rupanya Julita dan keluarganya telah ditinggalkan bapa untuk jodoh lain selepas dia disahkan menghidap kanser tulang. Tidak pernah sekali pun bapanya pulang untuk menjenguk keadaan Julita yang sedang bertarung nyawa dengan kesakitan dan kesedihannya melalui chemo, radiotheraphy dan lain-lain. 


Wahai si bapa, jenguklah Julita. Itu zuriat kamu yang Allah kurniakan. Macam mana kau cincang, takkan terputus jua darah yang mengalir. 

"Ayah, pulanglah, dakaplah sebelum saya kaku. Jangan terlambat untuk berbuat demikian..." 

Marah, rindu dan pasrah Julita saya faham. Sampai muka ayahnya ditampal dengan plaster kerana rasa amarah di hati. 


from The Reporter http://ift.tt/2qBLEIG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2p03R5w
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...