Seorang wanita yang menyeludup kokain dalam kulit tembikai yang digunakan sebagai 'baby bump' telah ditahan pihak berkuasa Brazil.
Suspek yang berpura-pura hamil itu menaiki bas awam menuju ke Rio de Janeiro, tetapi digari polis selepas terkantoi ketika pemeriksaan dilakukan.
Polis tentera yang melakukan pemeriksaan ketika itu terkejut apabila mendapati perutnya yang kelihatan hamil itu rupa-rupanya sekadar kulit tembikai yang mengandungi empat ketul kokain yang bersaiz batu bata.
Dadah seberat 1.8 kilogram itu dirampas dan disita oleh pihak berkuasa Sao Paulo pada Isnin lalu. Suspek mengaku dia telah menerima dadah tersebut di Paraguay dan dalam perjalanan membawa bekalan itu ke Rio.
Menurut laporan media tempatan, suspek mendedahkan dia akan dibayar kira-kira RM400 untuk menyeludup dadah itu ke bandar besar Brazil.
Pihak berkuasa Sao Paulo menggambarkan operasi penyeludupan yang gagal itu sebagai 'kreativiti tanpa had'. Gambar kulit tembikai bersama empat ketul dadah itu turut didedahkan di media sosial rasmi pihaknya.
Difahamkan, Brazil juga menjadi salah satu pembekal utama dadah ke Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sindiket itu memasuki pelabuhan dan kemudian menghantar bekalan itu menggunakan kapal kontena yang menuju ke Eropah di mana pasarannya bernilai lebih dari $10 bilion.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3g9zMrA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JGti7o
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment