loading...

Saturday, 12 December 2020

(Video) 'Dah viral + pengguna eksiden, baru nak repair jalan' - Netizen


Viral di media sosial semalam, video dashcam yang menunjukkan seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan di Jalan Perindustrian Kapar - Meru, Selangor. 


Kira-kira jam 12.21 tengah hari, Jumaat, 11 Disember 2020, mangsa terlanggar lubang di jalan tersebut lalu terjatuh tidak sedarkan diri sebelum didatangi orang awam yang membantunya. 


Tidak diketahui keadaan mangsa tetapi netizen di media sosial mula mempertikaikan peranan dan tanggungjawab pihak berwajib menyelenggara dan memastikan keadaan jalan di negeri itu terjaga dan selamat digunakan pengguna jalan raya. 



"Mana pergi pihak bertanggungjawab? Mana pergi Jabatan Kerja Raya? Banyak jabatan, banyak peruntukan, gunakanlah. Bila netizen tegur, tahu pula marah. Bayangkan kalau kena dekat ahli keluarga korang. Anak bini, keluarga tunggu di rumah, tahu-tahu sudah meninggal dunia atau masuk hospital," kata River Maya. 


Susulan viral video kemalangan itu, pihak berkenaan tampil membaik pulih jalan tersebut. 



Pun begitu, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati dan berharap pihak berkenaan lebih peka dan pantas membaik pulih jalan-jalan yang rosak bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. 



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3a5Oj6C
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Kj5wid
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...