Model Instagram dan bayi lelakinya diikat oleh tiga individu yang memecah masuk ke kediamannya di Hong Kong selepas wanita itu memuat naik gaya hidupnya di media sosial yang penuh dengan pakaian mahal dan wang tunai.
So Mei-yan, 25, berkata, tiga suspek terbabit memecah masuk ke rumah mewahnya pada jam 11 pagi Selasa lalu. Polis berkata, 10 beg tangan pelbagai jenama, 7 jam tangan, sebuah komputer riba dan 2 telefon bimbit bernilai RM1,627,200 dilarikan.
Menurut Instafamous itu berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di dalam bilik dan apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu, dia keluar dari bilik untuk memeriksa apa yang sedang berlaku sebelum mendapati kehadiran tiga suspek terbabit.
Jurucakap polis mengesahkan, ketiga-tiga suspek terbabit memakai topi, pelitup muka dan membawa pisau dapur atau kayu. Mereka berjaya masuk ke dalam rumah itu selepas menekan loceng yang kemudian pintu dibuka oleh pembantu rumah. Di kesempatan itu, merea terus meluru masuk.
So Mei-yan yang mempunyai 80,000 followers di Instagram itu, bersama dengan bayinya serta pembantu rumah diikat dengan pita pelekat. Salah seorang suspek memukul dahi anaknya dengan kasar sebelum mereka mula mengeledah rumah dan mengambil barangan berharga.
So memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak mengenali suspek dan menambah, salah seorang suspek bertindak menarik rambutnya dan bertanya di mana dia menyimpan wang. Apabila So memberitahu tiada wang tunai di dalam rumah itu, suspek menumbuknya.
Suspek yang dianggarkan berusia 40 hingga 50-an itu keluar dari rumah mangsa dengan membawa barangan berharga menggunakan beg yang juga dirembat dari So. Suspek dipercayai menggunakan kad akses dari unit pangsapuri yang tidak berpenghuni untuk masuk ke dalam bangunan itu.
So berjaya melepaskan diri dari ikatan pita pelekat itu dan terus menghubungi polis untuk meminta bantuan. Polis kini sedang memeriksa segala bukti yang diperolehi dari tempat kejadian termasuk meneliti video rakaman kamera litar tertutup.
Polis berkata, suspek pernah cuba memasuki bangunan kediaman itu sehari sebelum kejadian.
So yang berkongsi mengenai kejadian itu di akaun media sosialnya berkata, dia tidak pernah memukul anaknya dan terkejut apabila melihat perompak itu memukul anaknya.
"Saya dah bagi mereka segalanya tetapi mereka masih nak pukul saya, pembantu rumah saya dan anak saya. Ketiga-tiga lelaki itu memang tak guna, mereka hanya berani merompak wanita dan bayi. Mereka tergamak pukul bayi berusia enam bulan. Tak malu ke?
"Saya dah beritahu pengawal keselamatan 10 juta kali untuk tidak membenarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran saya. Tetapi mereka masih benarkan tiga lelaki ini naik ke atas," katanya.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3g9PKC3
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33Knlxg
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment