Seorang gadis di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia terpaksa membayar wang sebanyak 100 juta rupiah (RM28.5K) kepada teman lelakinya apabila dia mahu memutuskan perhubungan mereka.
Bukan itu sahaja, malah dia dipaksa berkahwin dengan teman lelakinya itu jika tidak mampu membayar wang tersebut, sedangkan mereka baru sahaja menjalinkan hubungan selama empat bulan.
Difahamkan, gadis berusia 24 tahun itu menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya berusia 48 tahun. Namun setelah empat bulan, hubungan mereka terkandas di tengah jalan.
Menurut gadis itu, dia mengenali teman lelakinya bekerja sebagai pengedar minyak wangi isian semula di tempat kerja. Mereka berdua bertukar nombor telefon dan pernah beberapa kali keluar makan bersama. Sehinggalah lelaki itu mengajaknya pulang ke rumah dan tidur bersama. Gadis berkenaan juga tidak tahu kenapa dia boleh termakan pujukan tersebut.
Setelah beberapa bulan berlalu, dia tidak tahan dengan kelakuan teman lelaki lalu mengambil keputusan untuk berpisah, membuatkan lelaki itu membuat tuntutan tersebut.
Ini kerana, sepanjang mereka bersama, lelaki itu kerap memberi wang kepada dia. Sedangkan ketika diberi wang tersebut, dia ada bertanya wang itu untuk apa dan lelaki itu memaklumkan wang itu sebagai perbelanjaannya.
Lelaki itu juga membuat laporan polis menyebabkan si gadis itu dipanggil untuk memberi keterangan. Dalam keterangannya kepada polis, dia memaklum yang dirinya hanya mampu menjual semula jam tangan dan cincin pemberian teman lelakinya untuk dijual dan wang berkenaan digunakan untuk membayar tuntutan tersebut.
Pihak polis mengambil maklum mengenai perkara itu dan kedua-dua mereka akan disiasat sama ada perkara itu akan boleh disiasat mengikut undang-undang atau sebaliknya. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3pFL2zF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3aMyuSP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment