loading...

Thursday 10 December 2020

'Kau nak perang kan?' - YouTuber terkenal ditahan selepas mangsa buat laporan polis


Susulan seorang gadis tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dirinya dicabul oleh YouTuber popular, lelaki terbabit telah menyerah diri kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.  


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa berusia 24 tahun itu tampil membuat laporan pada Jumaat lalu dan mendakwa dicabul suspek di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada 1 Ogos 2020 setelah selesai menjalani penggambaran drama YouTube. 


Difahamkan, mangsa dan suspek berusia 22 tahun itu berkenalan melalui seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon dalam drama yang diarahkan suspek dengan bayaran RM600. 


Selesai menjalani penggambaran, suspek mengajak mangsa untuk tinggal di sebuah inap desa kerana masih ada sesi penggambaran pada keesokan hari. Mangsa pada awalnya menolak, tetapi suspek bertegas meminta mangsa akur pada permintaannya itu kononnya bagi memudahkan kerja-kerja penggambaran yang bermula pada awal pagi. 


"Semasa mangsa berseorangan dalam bilik, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani," katanya. 


BACA: 'DIA CUBA BUKA SELUAR, BAJU SAYA' - GADIS DAKWA DICABUL YOUTUBER TERKENAL, BUAT LAPORAN POLIS


Baru-baru ini, mangsa tampil mendedahkan kejadian itu di media sosial bagi mendesak YouTuber terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagaimanapun, suspek tidak berbuat demikian menyebabkan mangsa bertindak membuat laporan polis.


Suspek telah ditahan dan permohonan reman akan dibuat pada Jumaat, 11 Disember 2020. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2JI2rZ9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3a35g1t
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...