loading...

Thursday 10 December 2020

'Kita pasti akan menang pilihan raya' - Rajinikanth umum tubuh parti politik Januari 2021



Pelakon terkenal India, Rajinikanth, 69, pada Khamis lalu berkata, dia akan melancarkan parti politiknya pada Januari 2021 dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada 31 Disember 2020. 


Bercakap kepada media, dia mengatakan bahawa rancangannya sebelum ini terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hasratnya mengubah Tamil Nadu ke arah yang lebih baik. 


"Saya akan bekerja keras untuk rakyat. Sekiranya kita tidak melakukannya sekarang, perubahan yang kita mahukan tidak akan pernah berlaku," katanya yang juga menegaskan kemenangannya itu kelak akan menjadi kemenangan  buat rakyat. 


"Itu semua bergantung pada orang-orang Tamil Nadu. Sekiranya saya menang ketika menyertai politik, itu akan menjadi kemenangan rakyat," katanya yang juga berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadapnya. 


Rajinikanth memberi jaminan, parti politik baharunya itu kelak akan memenangi pilihan raya umum dan berikrar untuk berkhidmat secara jujur, telus, bebas rasuah dan penuh dengan kerohanian. 


Sumber: India Today



from The Reporter https://ift.tt/375mYje
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34hJXFZ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...