loading...

Saturday, 12 December 2020

'Ni mesti dia dah bagi nasi kangkang kat anak aku!' - Kecewa tak dibelikan emas, MIL fitnah menantu di media sosial


Salam semua. Awal tahun 2020, saya bernikah dengan duda kematian isterinya enam tahun lalu. Arwah meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsu. Suami ada tiga orang anak dan mereka semua memang baik sangat.


Anak-anaknya hormat orang tua, manja dan mendengar kata. Hubungan kami baik dan rapat, siap mereka panggil saya mamy. Malam-malam pun saya yang tidurkan diorang. Saya layan mereka dengan baik dan sayang seperti anak kandung sendiri. Suami pun baik, syukur Alhamdulillah. 


Anak tiri saya ini, dua lelaki dan satu perempuan. Tak besar mana pun. Yang abang nombor satu baru berusia 11 tahun je. Yang anak perempuan, 10 tahun dan yang bongsu, 6 tahun. 


Sebelum saya bernikah dengan suami, anak-anak ini dijaga oleh bibik. Tetapi selepas nikah, saya mengambil keputusan untuk menjaga mereka, memandangkan saya pun berhenti mengusahakan perniagaan saloon dan spa atas arahan suami. Tapi saya masih berniaga secara kecil-kecilan dari rumah seperti menjual cake home made dan jual bermacam-macam lagi barang seperti Tupperware dan lain-lain. 


Baru-baru ini saya ada membeli gelang emas untuk diri sendiri dan saya ada belikan untuk anak tiri perempuan saya seutas rantai. Rantai itu memang saya hadiahkan untuk anak tiri saya sebab selama ini dia yang banyak menolong saya buat kerja-kerja rumah. Yang lelaki pula, saya nak belikan laptop. InshaAllah kalau ada rezeki nanti dan saya memang beli dengan duit hasil bisnes saya sendiri. 


Semalam ibu mertua ada video call saya sebab nak bercakap dengan cucunya. Jadi dia ternampak anak tiri pakai rantai itu lalu bertanya "Siapa yang belikan rantai itu". Anak tiri saya kata, "mamy and daddy". Memang saya dan suami yang pergi belikan, tetapi 100% menggunakan duit saya. 


Selepas itu, anak tiri kata, "Mamy pun ada gelang emas, lagi cantik. Tapi saya tak suka gelang besar macam tu, nampak macam orang tua.". 


Selepas itu ibu mertua tiba-tiba kata, "Kenapa daddy tak belikan untuk nenek?". Anak tiri kata, "Entahlah, tanyalah daddy". Kemudian dia terus tutup call. Dia terus call suami saya cakap macam-macam. "Kenapa bini dibelikan emas, sedangkan mak yang melahirkan tak dibelikan emas?" 


Ya Allah, untuk pengetahuan korang baru-baru ini saya birthday dan suami belikan handphone untuk saya, tetapi ada juga belikan untuk mak dia siap dikirim menggunakan J&T. Kemudian, takkan nak minta emas pula? Bila suami jelaskan yang rantai emas itu dibeli menggunakan duit saya, dia tetap tidak percaya. 


Untuk pengetahuan semua, setiap bulan suami bagi mak dia RM500 siap, suami bayarkan bil elektrik rumah dan air. Jadi, dalam sebulan sahaja suami dah belanjakan RM1,000 untuk mak dan ayah dia. Bapa mertua saya pun okey je, sihat lagi. Siap bulan-bulan terima duit pencen. 


Suami saya pun gajinya tak adalah besar mana. Takat-takat cukup makan je. Kalau ibu mertua nak duit ke apa, selalu je suami hulurkan. Takkan emas pun dia nak? Suami saya mana mampu sebab ada banyak tanggungan. Dengan anak-anak dia lagi, rumah kereta lagi semua nak dibayar. Suami bagi saya RM300 sebulan pun saya dah bersyukur. Itu pun saya simpan je, tak digunakan langsung. Kadang-kadang saya beli sesuatu untuk anak-anak dia juga. 


Anak-anak tiri saya pernah cerita yang nenek diorang ini jahat. Dulu masa ayah diorang pergi kursus dua bulan, nenek selalu marah dan cubit-cubit diorang sebab pernah dengar cerita yang ibu mertua tak suka anak nombor satu suami saya itu sebab muka dia sama dengan bekas menantunya yang meninggal dunia itu. 


Menantu itu pun dia benci, sedangkan saya mak tiri ini pun sayang sangat kat diorang sebab diorang ni budak baik. Kecil-kecil je enam tahun dah reti solat. Saya ini pun selama berkahwin, baru dua kali saja berjumpa dengan ibu mertua. Masa jumpa tu, elok saja dia bergaya dengan beg mewah, ada emas dan segalanya. Apa lagi dia nak? 


Suami saya kata, lain kali jangan tayang kalau ada beli apa-apa. Nak tayang apa kat dia kalau Facebook, WhatsApp semua saya tak friend pun dengan diorang. Dia tahu sebab kanak-kanak yang ceritakan. Tak salahkan budak-budak itu sebab kanak-kanak mana reti menipu. 


Sekarang dia (ibu mertua) dah post di media sosial yang mengatakan saya bagi suami makan nasi kangkang. Peningnya kan ada ibu mertua jenis ni. 


Sumber: Kisah Rumah Tangga



from The Reporter https://ift.tt/3qSCy9t
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3gNsyKg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...