loading...

Wednesday, 16 December 2020

3 beradik maut, Perodua Axia hilang kawalan rempuh belakang lori di lorong kecemasan


Tiga kanak-kanak dilaporkan maut, manakala pemandu wanita parah dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 272.4, Lebuhraya Utara-Selatan, dari arah utara, Simpang Pulai, petang tadi.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 3.01 petang dan megnerahkan anggotanya ke lokasi. 


Sebaik saja tiba di lokasi, mereka mendapati kemalangan itu membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Axia, yang difahamkan dua lori tersebut bergesel sesama sendiri sebelum berhenti di laluan kecemasan. 


Perodua Axia yang dinaiki Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, dan dua adiknya, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, dengan ibu mereka, Nur Aimi Nadiah Rahim, 27, kemudian melanggar bahagian belakang lori yang menyebabkan ketiga-tiganya maut serta-merta, manakala pemandu wanita parah. 


Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mangsa wanita pula dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, menggunakan kenderaan EMRS.



Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, kereta Axia tersebut hilang kawalan sebelum berpusing melanggar bahagian belakang lori yang membawa muatan barangan elektronik yang berada di lorong kecemasan. 


Sebelum kemalangan itu berlaku, polis menerima maklumat awal kemalangan yang membabitkan dua lori di lorong kiri lebuh raya berkenaan. Setelah dua lori itu masuk ke lorong kecemasan, Pasukan PLUS Ronda datang mengawal lalu lintas dan secara tiba-tiba kereta Axia berkenaan yang berada di lorong kanan tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar lori terbabit. 


Waris mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3mq4BJS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34lmuDw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...