loading...

Monday, 14 December 2020

Wanita rugi RM8,100 selepas discam 'Farah' yang menyamar sebagai pekerja kedai emas di Facebook


Seorang wanita mengalami kerugian lebih dari RM8,000 selepas terperdaya dalam urusan pembelian barang kemas melalui Facebook pada Ahad lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian itu berlaku pada 10 Disember lalu, selepas mangsa menonton video live Facebook menjual emas atas nama sebuah kedai emas. 


Suspek, Farah, dipercayai menyamar sebagai pekerja sebuah kedai emas mempromosikan tawaran penjualan barang kemas melalui Facebook yang mendorong mangsa untuk membuat tempahan dan bayaran.


Mangsa kemudian berurusan dengan Farah untuk pembelian gelang tangan seberat 21 gram yang ditawarkan pada harga RM4,600. Mangsa membuat bayaran penuh pada hari yang sama ke akaun bank atas nama seorang lelaki. 


Tidak beberapa lama kemudian, mangsa dihubungi oleh Farah yang meminta dia membuat bayaran tambahan sebanyak RM2,000 atas alasan berat sebenar barang kemas itu adalah 31 gram, bukannya 21 gram. Mangsa akur dan membuat pembayaran melalui tiga transaksi bayaran ke dua akan bank yang dimiliki dua individu. 


Farah sekali lagi menghubungi mangsa dan memaklumkan berat barang kemas itu adalah 38 gram, sekali lagi meminta mangsa membuat bayaran RM1,500. Mangsa percaya dan membuat pembayaran ke tiga akaun bank atas nama individu berbeza dan jumlah keseluruhan yang telah dibayar adalah RM8,100. 


Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, mangsa menghubungi pihak kedai emas terbabit yang kemudian menafikan mempunyai pekerja bernama Farah dan semua akaun bank yang dihantarkan wang itu tiada kaitan dengan kedai tersebut. 


Mangsa yang berasa tetipu segera membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Rompin semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3a8argJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2IPONT7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...