loading...

Sunday 13 December 2020

Budak jatuh motosikal dikejar anjing peliharaan jiran


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan belakang badan selepas terjatuh dari motosikal yang diboncengnya akibat dikejar anjing semasa pulang dari surau di kawasan perumahannya, kelmarin, lapor Harian Metro. 


Kejadian yang berlaku pada jam 7.10 pagi di Taman Yakin Mesra, Sungai Siput, mangsa, Mohd Putra Afiq Sazri, dikatakan terjatuh selepas motosikal yang ditunggang rakannya itu memecut sebelum melanggar bonggol jalan. 


Menurut bapa mangsa, Sazri Abdullah, 41, anaknya bersama dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Subuh di surau dan dikejar anjing milik jiran. 


"...saya bersyukur kerana kecederaan yang dialami anak saya tidak sampai mengakibatkan kecederaan dalaman hingga menjejaskan bahagian tempurung kepala," katanya. 


Mangsa menerima dua jahitan di kepala dan belakang badannya mengalami calar akibat terjatuh dirawat di Hospital Sungai Siput dan Sazri telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, di Balai Polis Sungai Siput dan juga membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).


Difahamkan, sudah banyak berlaku kejadian di mana penduduk taman dikejar anjing yang kebanyakannya merupakan anjing peliharaan yang dilepaskan begitu sahaja sehingga mengundang kebimbangan penduduk taman akan keselamatan mereka. Penduduk pernah membuat aduan mengenai kejadian itu, tetapi hanya kepada ketua taman sahaja. 


Sementara itu, pihak MPKK telah menangkap anjing terbabit pada hari kejadian dan berdasarkan siasatan, anjing itu kerap diberi makan oleh seorang lelaki yang tidak mempunyai lesen untuk memelihara haiwan itu. 


Anjing itu terpaksa dikurungkan buat sementara dan akan dilepaskan ke tapak pelupusan sampah kerana tiada sesiapa yang datang menuntutnya. MPKK tidak merujuk haiwan itu ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana ia hanya mengejar mangsa tanpa menggigit orang ramai. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2WcXha5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37fx8gU
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...