Operasi Khas e-Hailing yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah menahan sembilan penunggang motosikal termasuk penghantar makanan kerana didapati melawan arus di Petaling Jaya, semalam.
Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, dalam operasi yang dilakukan bermula dari jam 11.30 pagi hingga 6 petang itu berjaya mengesan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.
Operasi itu dilakukan 47 anggota bersama dengan lapan pegawai yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin, di Persimpangan 3 Hospital Thompson, Persiaran Surian dan Kota Damansara, Petaling Jaya.
Seramai enam lelaki tempatan ditahan, dua warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh. Manakala penghantar makanan itu pula dikesan melakukan kesalahan menunggang melawan arus di Jalan Persiaran Surian berdekatan dengan Palm Spring @ Damansara.
Menurut laporan Harian Metro Jumaat, 4 Disember 2020, penghantar makanan itu bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya dan sanggup melawan arus sepanjang 60 meter sebelum ditahan. Siasatan mendapati, penunggang terbabit tidak mempunyai lesen e-Hailing dan lesen memandu kelas B2.
Dalam operasi itu, sebanyak 16 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Trafik Petaling Jaya untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan 1987.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3qnhZlz
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JCDZIv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment