Viral di media sosial seorang penghantar makanan melakukan onar dengan meludah makanan yang dipesan pelanggannya.
Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana bengang dengan pelanggan berkenaan yang terlalu banyak permintaan.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Dongguan, Wilayah Guangdong, China pada Selasa, 22 Disember 2020 dan video tersebut viral meluas di media sosial negara itu.
Pelanggan berkenaan yang dikenali sebagai Lu berkata, insiden itu berlaku setelah dia meminta penghantar makanan itu menghantar makanan sampai ke pintu rumahnya.
Namun, penghantar makanan itu tidak berbuat demikian dan hanya meletakkan bungkusan makanan itu di lif.
"Dia kata pesanan saya sudah diletakkan di dalam lif. Saya beritahu dia jangan buat macam tu sebab lantai lif kotor. Dia mungkin tak puas hati saya suruh dia hantar sampai ke pintu rumah. Jadi, dia ludah makanan saya," katanya.
Selepas mengambil makanan itu, Lu curiga dengan bau makanan tersebut yang dipercayai telah diludah. Setelah itu, Lu menghubungi penghantar makanan itu untuk meminta penjelasan.
Namun, lelaki terbabit menafikan dia berbuat demikian. Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, Lu pergi memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian pengurusan tempat tinggalnya dan rasa curiga itu akhirnya terjawab.
Syarikat penghantar makanan itu kemudian menawarkan pampasan berbentuk kupon bernilai 20 yuan (RM12.40), tetapi Lu menolak. Pihak berkenaan berjanji akan mengambil tindakan terhadap penghantar makanan terbabit. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3aPJrmq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34O8YZD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment