Doktor di sebuah hospital di Kuala Lumpur membuat laporan polis selepas mendapati pesakit wanita yang dirawatnya disyaki cuba menyembunyikan kelahiran bayi.
Terdahulu, wanita berusia 22 tahun itu mengalami pendarahan teruk dan datang ke hospital berkenaan pada jam 7.30 pagi untuk mendapatkan rawatan.
Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesyaki wanita itu baru sahaja melahirkan bayi. Namun pesakit menafikan dan mendakwa dia mengalami pendarahan ketika berada di rumah sebaik saja pulang dari bekerja.
Doktor berkenaan kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan teman lelakinya berusia 22 tahun di sebuah rumah di Bangsar pada jam 6.30 petang pada hari yang sama.
Setelah disoal siasat, suspek membawa sepasukan polis ke sebuah lokasi Pantai Sentral Park, Brickfields, Jumaat, 11 Disember 2020. Di kawasan belukar berhampiran, polis menemui bungkusan plastik berisi janin dalam keadaan separuh terbakar. Janin itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3oRii6s
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3gQxBJR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment