loading...

Friday 16 October 2020

(Video) 'Dia ada masalah mental cik' - Alasan suami kurung isteri dalam jamban selama 18 bulan

Seorang wanita berjaya diselamatkan setelah dikurung oleh suaminya di dalam tandas kediaman mereka selama satu setengah tahun, di India. 


Mangsa berusia 35 tahun itu dikurung dalam bilik air kecil selama 18 bulan, diselamatkan polis dan pegawai kebajikan di Kampung Panipat, sebuah bandar di utara Delhi, Selasa lalu. 


Suspek, Naresh Kumar, kemudian ditangkap polis untuk tindakan lanjut. 


Difahamkan, ibu kepada tiga orang anak itu dipaksa tinggal dalam tandas itu dan jarang diberi makan dan minum. 


Penduduk kampung yang mengetahui perkara itu kemudian memaklumkan kepada pegawai perlindungan wanita di daerah itu, Rajni Gupta, lalu meminta bantuan polis. 


Sebaik saja mereka tiba di lokasi mendapati mangsa terbaring di lantai tandas dalam keadaan yang sangat lemah sehingga tidak dapat berjalan. 


"Dia terlalu lemah, nak berjalan pun tak dapat. Dia makan lapan keping capati ketika kami berikan dia makanan," kata Gupta, memetik laporan dari Hindustan Times. 


Siasatan awal mendapati, mangsa telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya selama 17 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia antara 11 hingga 15 tahun. 


Ketika dirakam keterangan, suspek memberitahu isterinya mengalami masalah mental dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri. Apa diminta menyertakan dokumen berkaitan bagi menyokong dakwaannya itu, suspek tidak dapat melakukannya. 


Gupta juga telah bertemu dengan mangsa dan mendapati dia tiada masalah mental seperti yang didakwa suaminya. Malah dia sedar dengan apa yang berlaku. 


"Yang kata dia mengalami masalah mental itu adalah tidak benar. Kami telah bercakap dengan dia dan jelas bahawa dia tiada masalah mental," kata Gupta. 


Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum diserahkan kepada sepupunya. 



Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/351K1sM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dzbm9O
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...