loading...

Tuesday, 27 October 2020

KKM saran tangguh PRK Batu Sapi, SPR tetap teruskan & kerajaan tiada kuasa untuk tangguhkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi ditangguhkan sementara berikutan wabak Covid-19 di Sabah masih mencatatkan trend peningkatan. 


24 Oktober 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah. 


"Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi," katanya. 


Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaa, PRK Batu Sapi tetap akan diadakan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan tiada kuasa untuk menangguhkan pilihan raya kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 


"Dalam Perlembagaan Persekutuan ditetapkan dengan jelas, apabila berlaku kekosongan sama ada melalui pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kekosongan kerana kematian atau sebagainya, di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, PRK hendaklah dilakukan dalam tempoh 60 hari," katanya. 


Disebabkan itu, KKM akan mengadakan perbincangan dengan SPR untuk meneliti kaedah berbeza bagi melaksanakan PRK Batu Sapi. 


"Pertama, tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya. Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah. 


"Jadi, ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada kita boleh laksanakan undi pos dan sebagainya. Kami akan terus berbincang dengan SPR untuk memperbaiki keadaan," kata Noor Hisham. 


Awal Oktober lalu juga menyaksikan, banyak parti politik seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional (BN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan bertanding di PRK Batu Sapi kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan di negeri itu. 


Sumber: Bernama, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3kFeWSk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31P2lEE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...