loading...

Wednesday, 21 October 2020

Warga emas 63 tahun positif Covid-19 maut terjun dari tingkat 8 Hospital Queen Elizabeth I

Seorang pesakit wanita yang disahkan positif Covid-19 maut selepas terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), malam tadi. 


Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 9.15 malam Rabu (21/10/2020) di mana wanita berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkat lapan dan mayatnya ditemui oleh pihak hospital. 


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan mendapati mangsa disahkan positif Covid-19 selepas masuk ke hospital itu pada 13 Oktober lalu. 


Selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas dari penyakit itu dan dijadualkan untuk dikeluarkan dari hospital pada hari Rabu (semalam). 


Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I dan polis sedang menyiasat motif mangsa membunuh diri. 


Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai mangsa untuk tampil membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/31v7lxY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TclprX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...