Kereta pacuan empat roda milik pelawak dan penyampai radio Shuid Sepahtu telah dipulang semula selepas disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa minggu lalu.
"Alhamdulillah, saya dah dapat semula kereta ini. Syukur sangat, ia sudah dikembalikan pada saya.
"Memang saya tahu, pelbagai fitnah sudah dilemparkan di media sosial buat masa ini. Bagaimanapun, saya perlu menghormati pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan," katanya.
Terdahulu, kereta Ford milik Shuib disita SPRM bersama beberapa buah kereta mewah lain milik ahli sindiket Macau Scam dan perjudian online untuk siasatan.
Bagi Shuib, dia kini perlu memberi fokus pada kerjaya dan perniagaannya, Bubblebee
Netizen dan peminatnya juga memberi kata-kata semangat pada gambar kereta itu yang dimuat naik di Instagram.
"Syukur ya Allah. InsyaAllah selagi Allah izin, I akan bersama dengan you selamanya. Jatuh bangun you..." tulis Siti Sarah pada ruangan komen gambar tersebut.
Sumber: Harian Metro, Instagram Shuib
from The Reporter https://ift.tt/342AulP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31cs7T7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment