Puluhan ribu warga Perancis dalam keadaan terdesak melarikan diri dari ibu negara sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk selepas Presiden Emmanuel Macron mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung.
Video yang viral di Twitter menunjukkan sebilangan besar warga Perancis berusaha keluar secara besar-besaran ke luar bandar bagi mengelak berada di kawasan perintah berkurung sebelum jam 12 tengah malam.
Suasana pada malam itu dipenuhi dengan bunyi hon kenderaan.
Orang ramai juga merebut peluang menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga pada malam itu sebelum bar dan restoran ditutup.
Sementara itu, pasar raya juga diserbu orang ramai yang membuat pembelian panik seperti yang berlaku pada Mac lalu ketika perintah berkurung pertama dilaksanakan, sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan itu selama sebulan.
Peniaga juga menyimpan stok pasta dan tisu tandas. Tidak kurang juga yang beratur di luar kedai gunting rambut. Kakitangan pejabat juga mengangkut peralatan mereka ke dalam kereta dan kereta api sebagai persiapan untuk bekerja dari rumah.
Perintah berkurung itu dijangka dikuatkuasakan sehingga 1 Disember dan orang ramai diminta menunjukkan dokumen kebenaran melakukan perjalanan keluar dari rumah sekiranya ditahan polis untuk pemeriksaan.
Menteri Kesihatan Perancis semalam memberi peringatan berkemungkinan lebih sejuta rakyatnya akan dijangkiti penyakit itu. Perdana Menteri Jean Castex juga melanjutkan arahan wajib memakai pelitup muka untuk pelajar sekolah termasuk yang berusia enam tahun.
Institusi sekolah di Perancis tetap akan dibuka tetapi langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) perintah berkurung diperketatkan di mana orang awam memerlukan surat kebenaran untuk keluar dari rumah bagi tujuan membeli barang keperluan, mendapatkan rawatan perubatan atau melakukan aktiviti bersenam.
Presiden Macron berkata, perintah berkurung di Paris dan bandar-bandar besar sebelum ini gagal membendung penularan virus berbahaya itu dan mendakwa seramai 400,000 rakyatnya akan mati akibat Covid-19 sekiranya tiada tindakan drastik dari pihak kerajaan.
"Sasaran kami adalah sederhana, mengurangkan jangkitan dari 40,000 kes sehari ke 5,000 kes," katanya.
Macron berkata, sekatan baru itu terpaksa dibuat kerana dia tidak membiarkan ratusan ribu warganegara Perancis mati akibat penyakit tersebut.
Macron berkata, premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi pada pertengahan November sekiranya keadaan menunjukkan tanda-tanda kembali pulih seperti sebelum ini.
Semalam, Kerajaan Perancis mencatatkan 47,637 kes positif Covid-19 bagi tempoh 24 jam yang terakhir.
from The Reporter https://ift.tt/2TECmvf
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3eaIcxZ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment