Seorang penganggur didakwa merogol anak tirinya hanya berdiam diri ketika jurubahasa membaca pertuduhan tersebut di Mahkamah Seksyen Johor Bahru, semalam.
Biarpun dibaca berkali-kali, lelaki berusia 29 tahun itu dilihat terpinga-pinga dan keliru membuatkan Hakim Kamarudin Kamsun terpaksa menegurnya.
"Kamu berasal dari mana? Sabah, kan? Faham bahasa Malaysia, kan? Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia?" katanya.
Jurubahasa berulang kali bertanya apakah dia memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di mana dia didakwa merogol anak tirinya berusia 12 tahun di bilik utama sebuah rumah di Johor Bahru antara 17 Mac hingga 29 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.
Tertuduh akhirnya mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas diterangkan semula pertuduhan ke atasnya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa yang masih tinggal serumah dengannya.
Tertuduh diminta membuat rayuan tetapi dia terus mendiamkan diri. Hakim kemudian memerintahkan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 2 Disember depan untuk penyerahan dokumen.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3jAMlMB
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JhWfGA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment