Seorang kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya yang berada dalam 'baby stroller' terjatuh ketika cuba menuruni eskalator di sebuah pusat beli-belah di Rusia dan ketika itu ibu mereka sedang mencuba pakaian di butik berhampiran.
Wanita berkenaan terdahulu meminta anak perempuannya, Mudina, 6, dan rakannya berdiri di luar seketika untuk menjaga adiknya, Mukhammadali, 1, yang diletakkan dalam baby stroller.
Sebaliknya, Mudina mengambil kesempatan itu untuk bermain dan cuba menuruni eskalator sebelum hilang keseimbangan lalu terjatuh ke bawah dengan adiknya.
Kejadian itu disedari oleh seorang pekerja yang sedang merokok berhampiran lalu segera berlari menghulurkan bantuan.
Sementara itu, rakan Mudina pula berlari memaklumkan kejadian itu kepada ibu dua beradik itu.
Akibat dari kejadian itu, Mudina dan Mukhammadali mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Mukhammadali hilang dua batang gigi dan luka di bahagian lidah dan dagu, dirawat di sebuah hospital di Botkin. Manakala kakaknya pula dibenarkan pulang ke rumah.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/31kt2Rv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jccmlg
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment