Malang tak berbau. Seorang kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di rumahnya dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 15.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang Ahad, 25 Oktober 2020 di Flat Ladang Gemilang Satu, Kuala Terengganu, mangsa, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, 6, ditinggalkan bersendirian di rumah sewaktu tidur, sementara ibunya keluar ke kedai berhampiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, mangsa dipercayai tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan polis sedang menjalankan siasatan.
Siti Mafatehah Alias, 29, penduduk di flat itu berkata, ketika kejadian dia sedang melelapkan mata di di rumahnya di tingkat empat dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman 'benda' terjatuh.
"Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh. Namun selepas diberitahu anak ada budak jatuh, saya melihat ke bawah dan terkejut kerana saya kenal mangsa," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2FVDYgO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jrNh5S
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment