loading...

Friday, 30 October 2020

'Penjawat awam tidak layak diberi bantuan BPN kerana bukan golongan yang terjejas akibat Covid-19'



Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir berpendapat, golongan penjawat awam tidak sepatutnya diberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana mereka bukannya golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. 


Sebaliknya, golongan terkesan dan benar-benar terjejas akibat pandemik itu adalah mereka yang dipotong gaji dan diberhentikan kerja itu sepatutnya diutamakan dalam pemberian BPN. 


"Saya tidak setuju bantuan-bantuan kerajaan diberikan secara rambang seperti itu. Seharusnya kerajaan memperhalusi kumpulan mana yang perlukan bantuan. Saya memang tidak setuju sebenarnya kakitangan kerajaan pun dapat BPN. 


"Minta maaflah ye kalau tuan-tuan dan puan-puan di kalangan mereka yang bergelar kakitangan awam. Tetapi sebabnya yang terkesan adalah mereka yang dipotong gaji, diberhentikan kerja. Jadi, biarlah salurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 


"Agak zalim kita kalau kita berikan kepada semua orang kerana adil itu tidak melangkaui batas. Adil itu memberi kepada orang yang memang memerlukan. Orang tak perlu, tak payahlah. 


"Nasib saya tak suruh korang bagi balik duit BPN korang. Kalau saya jadi Perdana Menteri... MasyaAllah. Memang ini saya tidak akan laksanakan. Kalau boleh, kita bagi mereka yang memerlukan.


"Saya doakan pihak-pihak berkuasa, pihak ahli politik ini fikirkanlah cara dan letakkan diri anda dan keluarga anda dalam situasi mereka (golongan terkesan), kemudian anda akan berikan yang terbaik, InshaAllah," katanya dalam program Sinar Live bertajuk 'Dari T20 Kepada M20' yang dihoskan oleh Haslina AR Kamaludin, semalam. 



Haruslah difahami bahawa bukan semua kakitangan awam itu berpendapatan tinggi setiap bulan. Sehingga yang terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam sehari bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarga, lebih-lebih lagi jika jumlah ahli keluarga ramai dan anak-anak yang masih bersekolah. Apabila berlakunya pandemik Covid-19, golongan ini turut terjejas.


Selain itu di media sosial, netizen terutamanya dari golongan penjawat awam itu sendiri tidak bersetuju dengan pendapat tersebut yang dilihat tidak memahami konsep ekonomi kerana hanya berfikiran pada skop yang sangat kecil. 


"Sebenarnya BPN bukan sekadar untuk membantu orang yang terjejas akibat Covid-19 sahaja. Tetapi untuk merancakkan lagi sektor ekonomi terutamanya kepada para peniaga yang secara amnya kita tahu golongan paling teruk terjejas akibat pandemik ini. 


"Bukalah mati, bukalah fikiran. Ke mana perginya duit BPN penjawat awam itu kalau bukan kembali kepada golongan peniaga? Ketika BPN diumumkan, kerajaan juga ada memaklumkan pemberian BPN adalah untuk merancakkan ekonomi dalam negara," kata Mat Mie. 


"Cuba semak berapa peratus penjawat awam yang bergaji di bawah paras kemiskinan terutama yang duduk di bandar-bandar besar dengan kos sara hidup yang tinggi + anak-anak ramai dan masih bersekolah," kata Razali Isa Mri. 


"Dia ingat gaji seorang penjawat awam boleh tampung ke seisi rumah? Dan pasangan yang bukan kakitangan kerajaan pun ada yang kena retrenched, dibuang kerja, dipotong gaji bagai. Jadi, pendapatan seisi rumah mestilah terjejas. Cakap biarlah berpada-pada," kata Jay Jamil.



from The Reporter https://ift.tt/3jFKrul
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35N5kyN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...