Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bersama dalam memerangi wabak koronavirus (Covid-19) bukan bertelagah antara satu sama lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi posting di laman Facebook beliau hari ini, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah.
“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” katanya.
Sementara itu, dalam satu lagi posting, Dr Noor Hisham meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan Covid-19 di negara ini.
“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi Covid-19. Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” katanya.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2J2JQGn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dXceF9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment