loading...

Monday, 19 October 2020

Langgar arahan kuarantin wajib 14 hari, juruteknik dipenjara 14 hari & denda RM1,000

Gara-gara melanggar arahan kuarantin, seorang juruteknik di sebuah syarikat kejuruteraan swasta dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM1,000. 


Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim, menjatuhkan hukuman itu selepas Md Syafrizan Salleh, 32, mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.


Bapa kepada dua anak berusia 11 bulan dan lima tahun itu didakwa melanggar arahan kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari Kota Kinabalu, Sabah, 29 September lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. 


Tertuduh dalam pengakuannya memohon maaf kerana 'terlepas pandang' mengenai peraturan baharu tersebut. 


Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana perintah pematuhan SOP dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020. 


Berdasarkan fakta kes, kakitangan eksekutif sumber manusia dalam syarikat tempat tertuduh bekerja memaklumkan kepada polis mengenai tertuduh yang tidak mematuhi SOP dan kuarantin selama 14 hari selepas pulang mengundi di Sabah pada 26 September lalu. 


Siasatan mendapati, tertuduh yang masih memakai gelang kuarantin hadir bekerja di syarikat tersebut dan membeli barang keperluan dalam tempoh kuarantin bermula 28 September hingga 11 Oktober. 


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia, Asisten Superintendan Nora Yaacob, manakala tertuduh diwakili peguam pelatih Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Koh Kok Tian. 


Berita ini juga menarik perhatian netizen di media sosial yang turut mempertikaikan kes seorang pemimpin politik yang sehingga kini masih tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya, sedangkan kesalahan yang dilakukan juga adalah sama. 


"Hari ini genap 104 hari sejak pemimpin terbabit pulang dari luar negara tanpa menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. 


"Masih tiada pendakwaan. Rakyat masih menunggu kedaulatan undang-undang dan prinsip kesamarataan di Malaysia didukung Kerajaan," tulis netizen berkenaan. 



Sumber: Harian Metro, Twitter



from The Reporter https://ift.tt/37hQWAL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Hfqlts
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...