loading...

Thursday, 22 October 2020

Ibu tikam anak selepas kantoi berdua-duaan dengan teman lelakinya

Seorang wanita bernama Lucivania Lopes di Brazil nekad menikam anaknya sendiri sehingga meninggal dunia selepas kantoi melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan berdua-duaan dengan kekasihnya. 


Lapor The Sun Rabu (21/10/2020), Lopes menikam anak lelakinya itu di bahagian dada selepas mangsa mendapati ibunya berdua-duaan dengan pasangannya. 


Akibat tikaman itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera. 


Sebelum kejadian itu berlaku, suspek berusia 37 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan mabuk setelah menghadiri sebuah pesta bersama teman lelakinya yang berusia 22 tahun, di rumahnya di Mutropolis, Jumaat (16/10/2020) malam. 


Tidak beberapa lama kemudian, mangsa datang dan mendapati ibunya sedang bermesraan dengan lelaki itu lalu tercetus pertengkaran di antara mereka. Lopes menegaskan dia hanya bertindak untuk mempertahankan diri dari anaknya yang mengamuk selepas melihat dia dan teman lelakinya bermesra. 


"Suspek dan pasangannya pada malam kejadian banyak minum minuman beralkohol. Menurut suspek, anaknya datang lalu tercetus pergaduhan dan mangsa juga cuba menyerang pasangan ibunya," kata Ketua Polis Mutropolis, Andre Medeiros. 


"Suspek berada di tengah antara dua lelaki itu dan mengatakan dia juga turut diserang lalu mengambil pisau untuk mempertahankan diri dan secara tidak sengaja telah menikam dada anaknya," kata Andre. 


Media tempatan melaporkan, mangsa dibantu oleh orang awam yang segera membawanya ke hospital. Namun, selepas sehari kemudian mangsa disahkan meninggal dunia. Penduduk setempat juga telah menghubungi polis dan bertindak di atas maklumat orang awam, suspek telah ditahan di tempat kejadian. 


Sementara itu, pasangan suspek telah melarikan diri dan kini diburu polis. Lopes akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan. 


Sumber: The Sun



from The Reporter https://ift.tt/3jkeaso
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HfMEQ4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...