loading...

Tuesday, 20 October 2020

'Mereka berdua adalah ejen' - Polis nafi Addy Kanna & Alvin Goh dalang Macau Scam di Malaysia

Viral di media sosial sebelum ini video perbualan scammer dengan mangsanya di mana scammer terbabit mendakwa Addy Kana merupakan majikannya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. 


Dalam perbualan tersebut, lelaki itu mendakwa Addy Kana tidak akan lama ditahan oleh pihak berkuasa kerana lelaki bergelar datuk itu mempunyai 'orang dalam' dan juga mengenali 'ahli politik' yang akan membebaskannya. 


Selain itu, individu terbabit mendakwa dia mendapat pendapatan yang lumayan semenjak melakukan aktiviti haram itu dan tidak kisah sekiranya dikecam atau dirakam kerana sudah lali dan mengakui banyak video yang membabitkan suaranya dimuat naik di laman YouTube. 


Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan dakwaan itu. 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, butiran perbualan dua individu itu tidak benar dan boleh mencetuskan suasana tidak aman di negara ini. 


Jelas beliau, Addy Kanna dan Goh Leong Yeong (yang lari dari SPRM Putrajaya) tidak membabitkan kegiatan penipuan atau Macau Scam di Malaysia. Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau agen yang menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan lengkap dengan peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga China. 


Addy dan Goh diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa yang didalangi oleh rakyat China. 


Pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat itu akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti scam. 


Huzir berkata, adalah tidak tepat apabila apabila ada pihak tertentu yang menyatakan kegiatan penipuan dalam talian yang berlaku di Malaysia dengan dua individu terbabit kerana kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket penipuan lain. 


Dakwaan individu dalam perbualan telefon itu mengatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila Addy kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu lain, selain usaha mengesan Goh sedang giat dilakukan.


Butiran mengenai kegiatan penipuan oleh dua individu itu akan didedahkan tidak lama lagi untuk mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN KES SINDIKET MACAU SCAM DAN PERJUDIAN ONLINE



from The Reporter https://ift.tt/34aWtqV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2His8Ob
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...