Skuad Khas Harian Metro hari ini mendedahkan berlakunya aktiviti pelacuran kelas atasan didalangi oleh Instafamous yang bertindak sebagai orang tengah atau ibu ayam.
Menurut laporan skuad khas berkenaan yang menemubual satu sumber yang tidak didedahkan, ibu ayam terbabit mensasarkan golongan artis termasuk yang kurang popular dan 'dijual' kepada golongan VIP dan dibawa ke pusat hiburan.
Sebagai ganjarannya, ibu ayam ini akan dibayar dengan harga yang tinggi sekurang-kurangnya RM5,000 per kepala atau lebih tinggi menjadikan ibu ayam ini mampu meraih keuntungan besar.
Sebelum ini, media melaporkan artis yang terbabit dalam kegiatan haram ini mampu meraih bayaran RM20,000 hingga RM40,000 untuk perkhidmatan satu malam.
Tetapi jelas sumber berkenaan, bayaran itu bukan untuk seorang sahaja, tetapi membabitkan beberapa individu lain. Ini kerana kebiasaannya ibu ayam akan membawa beberapa orang artis atau instafamous untuk terjebak bersama.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN SINDIKET PELACURAN KELAS ATASAN
from The Reporter https://ift.tt/3ofv0fW
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ogzm6b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment