loading...

Monday, 19 October 2020

2 suspek curi motor di PPUM alami simptom + kontak rapat PUS di PPR Kerinchi - Polis

Petang Sabtu (17/10/2020)m dua lelaki yang disyaki mencuri motosikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, berjaya dicekup.


Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 4.24 petang itu, perbuatan dua suspek terbabit cuba mencuri motosikal jenis Yamaha 125Z disedari oleh pemiliknya yang juga seorang anggota polis bantuan.


Anggota berkenaan terus meminta bantuan rakan setugasnya dan kedua suspek berjaya ditangkap. Beberapa peralatan seperti spanar T, pemutar skru, dan sarung tangan turut dirampas. 


Salah seorang suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana cedera di bahagian bibir semasa bergelut. 


Semakan mendapati, kedua-dua suspek berusia 19 dan 26 tahun mempunyai rekod jenayah dan kes akan disiasatan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 


Polis juga mendapati, semakan suhu badan dua suspek itu mencatatkan suhu tinggi iaitu 38.5'C. Mereka juga telah ditahan di wad kerana mempunyai gejala penyakit Covid-19 seperti demam dan batuk. 


Setelah diselidik, suspek adalah kontak rapat kepada seorang PUS yang memakai gelang kuarantin di PPR Kerinchi. 


Sumber: Siaran Media IDP Brickfields



from The Reporter https://ift.tt/3dClm1M
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35eIz6i
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...